Saturday 17 August 2013

Anugerah Lawak Warna 2013

Haaaahhh! Assalamualaikum.

Kami di pihak Sepahtu FC - Singapore, ingin mengucapkan tahniah kepada Jep Sepahtu atas kemenangan beliau di Anugerah Lawak Warna bagi kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular! Memang boleh dilihat ramai yang terkejut kerana menyangka Zizan akan menang. Tapi, rezeki Jep ada untuk Anugerah Lawak Warna dan alhamdullilah, dia raih kemenangan. Kemenangan ini menunjukkan sokongan kami semua untuk Sepahtu. Walaupun Sepahtu tidak menang untuk kategori drama, Sepahtu tetap terbaik di hati Sepahtu Crew, tak kira kat Singapore atau Malaysia.

Pastinya hari Anugerah Lawak Warna adalah hari yang bermakna bukan saja untuk Jep atau Shuib tapi untuk kita semua. In Shaa Allah, rezeki dia melimpah, mana tau ABPBH tahun depan dia akan menang? Amin.

Ini senarai pemenang-pemenang kategori ALW semalam.

KATEGORI TERBAIK

1. Filem Komedi Terbaik: Istanbul Aku Datang
2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem): Zizan (Hantu Kapcai)
3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem): Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Tv): Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)
5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Tv): Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk Tv)
6. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2012
7. Siri Tv Komedi Terbaik: Keluarga Iskandar
8. Siri Komedi Kanak-Kanak Tv Terbaik: Oh! My English
9. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri): Warna Raya 2012
10. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem): Istanbul Aku Datang
11. Lakon Layar Komedi Terbaik (Tv): 7 Dulang Asam Pedas
12. Skrip Komedi Tv Terbaik: Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)
13. Skrip Komedi Filem Terbaik: Rock Oo
14. Pengarah Komedi Terbaik (Tv): Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)
15. Pengarah Komedi Terbaik (Filem): Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)
KATEGORI POPULAR

1. Artis Lawak Lelaki Paling Popular: Jep Sepah
2. Artis Lawak Wanita Paling Popular: Didie Alias
3. Segmen Komedi Radio Paling Popular: Sketsa Johara
4. Video Viral Original Paling Popular: Matluthfi90 – Drama-Drama Sebelum Kahwin
5. Anugerah Khas Juri: Othman Hafsham 

Dan admin tinggalkan Sepahtu Crew, dengan beberapa gambar (admin dapat dari peminat-peminat) dari Anugerah Lawak Warna semalam :)
  
PS: Jangan lupa untuk berbelanja di Tesco, sempat promo kau hahhh 












Wednesday 7 August 2013

Selamat Hari Raya!

Sekejap saja ,In Shaa Allah, semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jadi admin-admin Sepahtu FC (Singapore) ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun 10 jari dan meminta maaf jika selama ini, kami ada terkasar bahasa ataupun 'perkhidmatan' kami tidak memuaskan dan kurang. 

Dan jangan lupa nantikan program-program melibatkan Sepahtu/Sepah: KKX Raya, Bapak-bapak Aidilfitri..

Terima kasih kerana sentiasa menyokong Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu dari mula. Tak kisahlah dari Singapore ke Malaysia ke, janji sama-sama minat! Terus kan sokongan Sepahtu Crews/Jeppers/Shuibbians buat mereka dan mana tahu nama mereka naik sampai ke seluruh Singapore dan negara-negara lain (international gitu-gitu).

Sambutkan raya tahun ini dengan penuh ceria, dengan menatap wajah Jep dan Shuib yang terlalu handsome! (hehehe)k

Sekali lagi, kami ingin memohon maaf atas segala silap kami yang mungkin kami sedar atau tak sedar. Dan SELAMAT HARA RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN! (Nak duit raya? hehehe)

PS: Jangan lupa untuk terus mengundi Sepahtu di Anugerah Lawak Warna~