Wednesday 11 September 2013

Selamat Hari Jadi Shuib yang ke-29! 12 September 1984

Ada orang tu dah tua lah! Tapi ada pepatah 'A year older, a year wiser' atau something macam gitu lah heheheh 
~
~
~
~
Selamat Ulang Tahun Shuib Sepahtu aka Shahmira yang ke-29! 

Kami dari pihak Sepahtu FC Singapore ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada Shuib! Terima kasih kerana telah memberi gelak tawa kepada semua Sepahturious di Malaysia, Singapore ataupun di mana sahaja. 

Kami sentiasa doakan kejayaan anda dalam industri hiburan dan semoga sentiasa sihat selalu dan dimurahkan rezeki. 

Shuib Sepahtu terlibat dalam banyak drama dan filem. Sehinggalah, dia membuka dobi AquaNano. Ni admin nak tanya sikit, ada tak sesiapa yang guna khidmat dobi AquaNano? Harap-haraplah dobi AquaNano akan berkembang sampai ke Singapore dan go international gitu.

'Sepahturious' di Singapore menunggu kehadiran mu. Ehceyyy~

Assalamualaikum.

Saturday 17 August 2013

Anugerah Lawak Warna 2013

Haaaahhh! Assalamualaikum.

Kami di pihak Sepahtu FC - Singapore, ingin mengucapkan tahniah kepada Jep Sepahtu atas kemenangan beliau di Anugerah Lawak Warna bagi kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular! Memang boleh dilihat ramai yang terkejut kerana menyangka Zizan akan menang. Tapi, rezeki Jep ada untuk Anugerah Lawak Warna dan alhamdullilah, dia raih kemenangan. Kemenangan ini menunjukkan sokongan kami semua untuk Sepahtu. Walaupun Sepahtu tidak menang untuk kategori drama, Sepahtu tetap terbaik di hati Sepahtu Crew, tak kira kat Singapore atau Malaysia.

Pastinya hari Anugerah Lawak Warna adalah hari yang bermakna bukan saja untuk Jep atau Shuib tapi untuk kita semua. In Shaa Allah, rezeki dia melimpah, mana tau ABPBH tahun depan dia akan menang? Amin.

Ini senarai pemenang-pemenang kategori ALW semalam.

KATEGORI TERBAIK

1. Filem Komedi Terbaik: Istanbul Aku Datang
2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem): Zizan (Hantu Kapcai)
3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem): Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Tv): Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)
5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Tv): Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk Tv)
6. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2012
7. Siri Tv Komedi Terbaik: Keluarga Iskandar
8. Siri Komedi Kanak-Kanak Tv Terbaik: Oh! My English
9. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri): Warna Raya 2012
10. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem): Istanbul Aku Datang
11. Lakon Layar Komedi Terbaik (Tv): 7 Dulang Asam Pedas
12. Skrip Komedi Tv Terbaik: Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)
13. Skrip Komedi Filem Terbaik: Rock Oo
14. Pengarah Komedi Terbaik (Tv): Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)
15. Pengarah Komedi Terbaik (Filem): Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)
KATEGORI POPULAR

1. Artis Lawak Lelaki Paling Popular: Jep Sepah
2. Artis Lawak Wanita Paling Popular: Didie Alias
3. Segmen Komedi Radio Paling Popular: Sketsa Johara
4. Video Viral Original Paling Popular: Matluthfi90 – Drama-Drama Sebelum Kahwin
5. Anugerah Khas Juri: Othman Hafsham 

Dan admin tinggalkan Sepahtu Crew, dengan beberapa gambar (admin dapat dari peminat-peminat) dari Anugerah Lawak Warna semalam :)
  
PS: Jangan lupa untuk berbelanja di Tesco, sempat promo kau hahhh 












Wednesday 7 August 2013

Selamat Hari Raya!

Sekejap saja ,In Shaa Allah, semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jadi admin-admin Sepahtu FC (Singapore) ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun 10 jari dan meminta maaf jika selama ini, kami ada terkasar bahasa ataupun 'perkhidmatan' kami tidak memuaskan dan kurang. 

Dan jangan lupa nantikan program-program melibatkan Sepahtu/Sepah: KKX Raya, Bapak-bapak Aidilfitri..

Terima kasih kerana sentiasa menyokong Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu dari mula. Tak kisahlah dari Singapore ke Malaysia ke, janji sama-sama minat! Terus kan sokongan Sepahtu Crews/Jeppers/Shuibbians buat mereka dan mana tahu nama mereka naik sampai ke seluruh Singapore dan negara-negara lain (international gitu-gitu).

Sambutkan raya tahun ini dengan penuh ceria, dengan menatap wajah Jep dan Shuib yang terlalu handsome! (hehehe)k

Sekali lagi, kami ingin memohon maaf atas segala silap kami yang mungkin kami sedar atau tak sedar. Dan SELAMAT HARA RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN! (Nak duit raya? hehehe)

PS: Jangan lupa untuk terus mengundi Sepahtu di Anugerah Lawak Warna~

Friday 10 May 2013

Berapa Hari Lagi!

Malam gala OMK! dah habis berapa hari yang lepas. Permainan friendly untuk futsal bersama para artis OMK! pun dah selesai. Oh, Jep tak dapat nadir untuk malam gala dan permainan futsal kerana dia kurang sihat. Tapi, Shuib ada dan dia handsome masa malam gala tu. Sekarang, kita tunggu filemnya pulak untuk ditayangkan. Lagi beberapa hari je... Jom countdown! Admin dah mula countdown pun, nampakkan gambar-gambar kat Instagram? Itu namanya demam OMK. Huhu. Dimaklumkan, OMK! tak ditayangkan di Singapore. Jadi bagi warga Singapore, bolehlah turun ke pawagam JB ataupun kita tunggu jika ada pengeluaran DVD untuk filem ni.

Bagi warga Malaysia pulak, serbu lah pawagam berdekatan anda untuk menyaksikan filem OMK! Mesti gempaknya! Kalau trailer dah best, apatah lagi filem dia kan? Jadi, jangan lupa countdown bersama admin untuk filem OMK! dengan hashtag #OMK16mei2013 ,tak kira kat Instagram ataupun Twitter. 

Assalamualaikum. 

#OMK16mei2013

Tuesday 16 April 2013

Hashtag #OhMakKau

Ok! Korang dah tahu kan filem terbaru lakonan Shuib Dan Jep? Haaaahh tahu tak, tahu tak?!
.
.
.
Betul Betul OH MAK KAU! Dalam filem ini, Jep Dan Shuib berlakon sebagai adik beradik. Kerja mereka ada lah....
Tak nak lah bilang, korang tengok je trailer Oh Mak Kau, mesti korang Akan rasa nak tengok filem tu.
Jom countdown to 16 Mei 2013, tayangan OH MAK KAU! Gerak gempur! Lariskan filem ini macam Sepah The Movie!
Kami sokong apa-apa filem yang mengbabitkan Jep dan/atau Shuib!
.
.
Jangan lupa follow official Twitter account Oh Mak Kau! di @OMKmovie and like FB page dorang 'Oh Mak Kau'
Haah, Ada quiz-quiz Dan pertandingan Kecil-kecilan Dan korang boleh menang hadiah menarik! Memang berbaloi lah Kalau join quiz dorang! Countdown ye! Kalau nak tweet Jangan lupa, letak kan hashtag #OhMakKau


Assalamualaikum.

Monday 8 April 2013

#HappyBirthdayJepSepahtu 9 April 1985

Ramai orang dah tahu kan hari ni hari apa? Ada seseorang yang sudah grow up by 1 year. Siapa tu?
.
.
.
.
.
Siapa lagi kalau bukan Jep ke sayangkan Kita semua. Ada tak sesiapa yang bagi hadiah kepada Jep, melalui post ke by hand. Jejaka ini telah memberi kebahagiaan dalam hidup kita Dan memberi gelak tawa kepada kita dengan adegan comel dia bersama Shuib atau pun seorang diri. Kami dari pihak Sepahtu FC-Singapore ingin mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN yang ke-28 kepada MOHD NADZRI BIN ZAINAL ABIDIN! Semoga dia panjang umur Dan sentiasa dimurahkan rezeki. Kami Akan terus sokong Sepahtu, walaupun jauh di Singapore, bak pepatah; jauh di mata, dekat di hati. Aiseyman!
.
.
.
.
Kami tunggu pula hari Jadi Shuib Sepahtu!

Assalamualaikum.

Monday 1 April 2013

Tak Tipu...Tak Tipu

Dah dengar ke belum lagu terbaru Sepahtu? Haaaaa... Ramai orang tahu kan tajuk lagu Sepahtu? Cer teka.
.
.
.
.
BETUL! Lagu 'Tak Tipu'. Setahu admin, belum ada music video. Tapi kalau nak dengar lagu ini secara full, boleh saksikan video terbaru kami di official YouTube account kami di SGSepahtuFC. Ada banyak gambar-gambar Sepahtudengan iringan lagu Sepahtu, chewahh nampak tak penggunaan bahasa admin? 'Iringan lagu Sepahtu'
Hehe. Walau apapun, kami tunggu tentang perkembangan lagu terbaru Sepahtu.
Admin nak pesan juga:
Nantikan Oh Mak Kau yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Ohyeah! Adegan adik-beradik yang sangat comel. Dan, satu lagi, 'is barang baik, is barang baik' haah. Karoot Komedia X Musim 2 setiap khamis.. Jangan lupa! Haaaaa semputtt
#SepahtuFCSGOfficial
.
.
Ini link bagi sesiapa yang nak tengok lagi atau belum tengok video kami (perlu copy & paste linknya) Terima kasih.

http://youtu.be/UaM7jwYM7Sk

Assalamualaikum.

Wednesday 20 March 2013

Official YouTube Account SGSEPAHTUFC

Jom subscribe ke Official YouTube account kami -->> SGSepahtuFC ! Kami Akan update/upload video mengenai Sepahtu/Sepah Dari masa ke semasa. Dan kami Akan upload video baru apabila kami dapat sekurang-kurangnya 5 subscribers baru.. Jadi kalau nak info atau video Sepahtu, subscribe lah ke YouTube kami.. Kami Akan masuk kan show/drama/movie yang membabitkan Sepahtu/Sepah! Selain itu, jika Ada peminat yang Ada video Sepahtu/Sepah, boleh beritahu kami. Inshaa Allah, kami Akan upload kan di YouTube account kami Dan Jangan risau kami Akan letak water mark Nama anda.. Apa tunggu lagi? Subscribe subscribe subscribe! Ajak lah kawan, makcik , Jiran, kucing subscribe ke YouTube kami heheh

Assalamualaikum . :D

Friday 15 March 2013

Dobi... Dobi... Dobi...

Dah tengok promo Aqua Nano kat YouTube? Comel kan Shuib, promoting dobi Aqua Nano. Dan pasti ramai dah tahu Dari twitter atau Instagram Shuib mengenai dobi barunya di Jalan Setia Indah, Setia Alam.. Mari tunjuk kan sokongan sebagai Shuibbians, Jeppers Dan Sepahtu Crew! Nampaknya Jep dengan Angah pun dah gunakan khidmat cucian nano. Korang bila lagi? Kita doakan kejayaan Shuib dan sepupunya untuk dobi Aqua Nano. Pada masa depan, nanti Ada banyak dobi di seluruh Malaysia dan mungkin masuk ke Singapore. Boleh juga admin cuba cucian nano ni. :) apa lagi? Sesiapa yang tinggal di daerah Setia Alam, boleh singgah dobi Aqua Nano :)

Assalamualaikum.

Sunday 3 March 2013

Siti Sarah Raisuddin & Shahmira ( Shuib )

Bila nampak gambar couple ni, memang sweet kan? Sama tinggi, Sama cantik. Sepadan sesangat. Hasil perkahwinan mereka ialah Uwais Al-Qarni ( sedap nama dia ). Lagu pertama gabungan mereka ialah CINTA ITU NYAWA, pasti ramai dah tahu. Bila admin dengar lagu ni, feeling-feeling jap. Kalau lah admin Ada lagu nak juga bergabung dengan Siti Sarah, suara dia yang sungguh sedap hingga menjilat jari heheh EH? Sarah pun Boleh tahan kelakar juga, tengok je GELAK KHAS bila dia Jadi artis jemputan.. Klakar kan?! Nampak macam budak kecik je... Heheheh mungkin time tu lah Shuib terpikat dekat Sarah kkot? Hahahah walau apa pun, Kita doakan yang perkahwinan mereka Akan berkekalan hingga anak cucu Dan ke Jannah.

Assalamualaikum.

Thursday 28 February 2013

Undian ABPBH

Tidak lama lagi, undian untuk ABPBH Akan tutup. Beberapa minggu lagi Saja. Jadi semua Sepahtu Crew, Jeppers dah undi Jep untuk ABPBH? Bagi warga SG yang tak dapat mengundi untuk Jepp, Kita doakan yang terbaik untuk Jepp. In Shaa Allah, kalau Ada rezeki, dia menang tahun ni walaupun pesaing-pesaing nya sengit. Tambahan lagi, housemate dia sekali tercalon eheheh... Teruskan mengundi Jepp! Dan Kita tunggu siaran KKX Dan juga movie baru lakonan Jepp Dan Shuib---->> Oh Mak Kau!

Sunday 24 February 2013

Karoot Komedia X Musim 2

"Is barang baik! Is barang baik" Rakaman Karoot komedia x Musim ke 2 Sudah mula beberapa minggu yang lalu. Nampaknya ramai orang datang ke rakaman Dan menyokong para artis yang terlibat. Tapi, admin tak dapat pergi kerana terlalu sibuk Dan tak Ada masa nak turun KL. :( Confirm ramai yang terhibur dengan gelagat-gelagat comel Jep dan kawan- kawan nya :) admin juga dapat tahu KKX Musim 2 Ada 52 episod tapi rakaman Nya dibahagikan pada setiap bulan. Dan rakaman seterusnya pada pertangahan bulan Mac. Boleh ke FB page Sepahtu FC Official untuk info terbaru mengenai rakaman KKX 2 . Jangan lupa saksikan KKX 2 apabila disiarkqn di TV! Admin pun dah tak sabar hihi "Buke buke buke, buke cito pasal ore!"



Dobi Aqua Nano

Nampaknya, Shuib semakin sibuk dengan dobi Nya My Aqua Nano. Ia mengunakan cucian Nano yang boleh bersihkan kotoran di baju. Daripada promo dekat YouTube --> Shuib Sepahtu(Promo Aqua Nano) , boleh nampak keajaiban cucian Nano ni. Shuib nampak comel je dalam promo tu.. Sempat lagi ketawa bila nak ending video tu. so, kalau Ada sesiapa nak Cuba cucian nano, boleh lah ke dobi aqua nano, in Shaa Allah, kat Singapore Akan Ada satu dobi... Boleh mengembang lagi bisnes dobi Shuib ni. Teruskan menyokong Shuib!

Monday 18 February 2013

Oh Mak Kau!

Filem baru yang dibintangi Oleh Jep Dan Shuib! Ini menggisahkan 2 adik beradik yang mahu tunjuk hero kerana merebutkan hati seorang gadis.tengok Saja video promo OMK, pasti ramai dah tak Sabar kan nak tonton di pawagam. Tak salah, filem ni Akan keluar pada bulan Mei. Belum Ada Tarikh yang tetap, walaupun Kita tunggu je.... Teruskan mengundi Jepp untuk ABPBH Dan sokongan untuk Sepahtu dalam apa-apa bidang

Friday 15 February 2013

Aqua Nano

Assalamualaikum. Ada tak Shuibbians? Heheheh Nampaknya Shuib semakin maju dengan dobi cucian nano Nya.. Dan Dari Instagram nampaknya Ada dobi baru yang Akan dibuka... Kita doakan yang Lebih banyak dobi Akan dibuka Dan maju kan bisnes Shuib, in Shaa Allah :) Manalah tahu; bisnes Aqua Nano ni boleh dimasukkan di Singapore. Orang Singapore macam admin nak juga try cucian nano ni.. Ajaib!

Jep Tiada Kelab Peminat

http://abpbh.com.my/blog/2013/02/jepp-tiada-kelab-peminat Jep tiada kelab peminat? Betul ke? Heheheh

Thursday 14 February 2013

14 February 2013

Rindu gelagat Sepahtu, Jep atau Shuib di kaca TV?Lepas Sepahtu Angan Tak Sudah masih Betul Ke Bohong Musim 3. Dan terbaru, Ada Karoot komedia X Musim 2! Pasti ramai orang tak Sabar pasal Ada Jep Dan yang lain.. Sekarang masih Ada rakaman. Tak salah Ada 52 episode , tapi belum pasti lagi.. Tunggu jer Dan Sepahtu Akan muncul di TV, mesti ramai nak pandang muka Jep yang sangat handsome kan? Shuib pula nampaknya busy dengan dobinya, Aqua Nano. Kalau nak tengok gambar dobi- dobi, follow lah Shuib di Instagram @shuibsepahtu Dan Jep juga dah Ada Instagram @jepsepahtu .. Nak promo jap,follow kami di @SGSepahtuFC ~~

Monday 11 February 2013

Makcik Duduk Dulu!

'Admin minat Sepahtu' Betul ke Bohong? Hah. BKB3 cerita terbaru yang dah masuk minggu ke-8 ... Memang susah nak tengok artis tempatan dikaren. Untunglah Jep Dan Shuib sentiasa dikaren. Cergas sikit otak lepas dikaren... Jangan lupa saksikan BKB3 setiap Isnin pada pukul 10mlm di Astro Warna. Bagi warga Singapura, subscribe ke account YouTube 'Eija Violaceous' untuk video BKB dan video mengenai Sepahtu/Sepah

Sunday 10 February 2013

Shuib dan Jepp

Berapa ramai orang yang minat Jep? Atau pun Shuib? Walau apa pun, Kita tetap berikan sokongan pada Sepahtu. Siapa lagi handsome; Jep or Shuib? Pada admin, dua sekali handsome kerana setiap orang Ada keistimewaan mereka. Sepahtu pandai berlawak Dan mereka tak pernah gagal memberi senyuman pada semua Sepahtu Crew. Heheheh tapi boleh nampak; Ada ramai Jeppers DI luar Sana... Takpa, Kita tunggu Karoot Komeda 2!

ABPBH

Yok, gerak gempur untuk mengundi Jepp untuk ABPBH tahun ni bagi Artis Komedi Lelaki Terbaik. Akhirnya, anggota Sepahtu tercalon in Top 5 for ABPBH. Undi banyak-banyak kerana jika Jepp menang, ia akan menjadi sebuah hadiah hari Jadi yang istimewa baginya Dari semua Sepahtu Crew. Soooo, teruskan mengundi!!

Thursday 7 February 2013

Assalamualaikum.

Assalamualaikum semua SEPAHTU CREW. Hari ni Tahun Baru Cina.Admin nak ucapkan 'Selamat Tahun Baru Cina' kepada semua warga Cina.Manalah tahu Sepahtu pon ada fans yang berbangsa Cina.Lagipun,untuk pelajar dan warga Singapura macam admin,dapat cuti lama..yahooooo.Adin tak tahu jika warga Malaysia pun dapat cuti.tapi takpe besok kan hari Sabtu. Oh iya,jangan lupa follow kami di Twitter dan Instagram dan juga like kami di Facebook --> SGSepahtuFC