Wednesday 11 September 2013

Selamat Hari Jadi Shuib yang ke-29! 12 September 1984

Ada orang tu dah tua lah! Tapi ada pepatah 'A year older, a year wiser' atau something macam gitu lah heheheh 
~
~
~
~
Selamat Ulang Tahun Shuib Sepahtu aka Shahmira yang ke-29! 

Kami dari pihak Sepahtu FC Singapore ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada Shuib! Terima kasih kerana telah memberi gelak tawa kepada semua Sepahturious di Malaysia, Singapore ataupun di mana sahaja. 

Kami sentiasa doakan kejayaan anda dalam industri hiburan dan semoga sentiasa sihat selalu dan dimurahkan rezeki. 

Shuib Sepahtu terlibat dalam banyak drama dan filem. Sehinggalah, dia membuka dobi AquaNano. Ni admin nak tanya sikit, ada tak sesiapa yang guna khidmat dobi AquaNano? Harap-haraplah dobi AquaNano akan berkembang sampai ke Singapore dan go international gitu.

'Sepahturious' di Singapore menunggu kehadiran mu. Ehceyyy~

Assalamualaikum.

Saturday 17 August 2013

Anugerah Lawak Warna 2013

Haaaahhh! Assalamualaikum.

Kami di pihak Sepahtu FC - Singapore, ingin mengucapkan tahniah kepada Jep Sepahtu atas kemenangan beliau di Anugerah Lawak Warna bagi kategori Artis Lawak Lelaki Paling Popular! Memang boleh dilihat ramai yang terkejut kerana menyangka Zizan akan menang. Tapi, rezeki Jep ada untuk Anugerah Lawak Warna dan alhamdullilah, dia raih kemenangan. Kemenangan ini menunjukkan sokongan kami semua untuk Sepahtu. Walaupun Sepahtu tidak menang untuk kategori drama, Sepahtu tetap terbaik di hati Sepahtu Crew, tak kira kat Singapore atau Malaysia.

Pastinya hari Anugerah Lawak Warna adalah hari yang bermakna bukan saja untuk Jep atau Shuib tapi untuk kita semua. In Shaa Allah, rezeki dia melimpah, mana tau ABPBH tahun depan dia akan menang? Amin.

Ini senarai pemenang-pemenang kategori ALW semalam.

KATEGORI TERBAIK

1. Filem Komedi Terbaik: Istanbul Aku Datang
2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem): Zizan (Hantu Kapcai)
3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem): Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang)
4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Tv): Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi)
5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Tv): Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk Tv)
6. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri): Maharaja Lawak Mega 2012
7. Siri Tv Komedi Terbaik: Keluarga Iskandar
8. Siri Komedi Kanak-Kanak Tv Terbaik: Oh! My English
9. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri): Warna Raya 2012
10. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem): Istanbul Aku Datang
11. Lakon Layar Komedi Terbaik (Tv): 7 Dulang Asam Pedas
12. Skrip Komedi Tv Terbaik: Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi)
13. Skrip Komedi Filem Terbaik: Rock Oo
14. Pengarah Komedi Terbaik (Tv): Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)
15. Pengarah Komedi Terbaik (Filem): Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)
KATEGORI POPULAR

1. Artis Lawak Lelaki Paling Popular: Jep Sepah
2. Artis Lawak Wanita Paling Popular: Didie Alias
3. Segmen Komedi Radio Paling Popular: Sketsa Johara
4. Video Viral Original Paling Popular: Matluthfi90 – Drama-Drama Sebelum Kahwin
5. Anugerah Khas Juri: Othman Hafsham 

Dan admin tinggalkan Sepahtu Crew, dengan beberapa gambar (admin dapat dari peminat-peminat) dari Anugerah Lawak Warna semalam :)
  
PS: Jangan lupa untuk berbelanja di Tesco, sempat promo kau hahhh 












Wednesday 7 August 2013

Selamat Hari Raya!

Sekejap saja ,In Shaa Allah, semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jadi admin-admin Sepahtu FC (Singapore) ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun 10 jari dan meminta maaf jika selama ini, kami ada terkasar bahasa ataupun 'perkhidmatan' kami tidak memuaskan dan kurang. 

Dan jangan lupa nantikan program-program melibatkan Sepahtu/Sepah: KKX Raya, Bapak-bapak Aidilfitri..

Terima kasih kerana sentiasa menyokong Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu dari mula. Tak kisahlah dari Singapore ke Malaysia ke, janji sama-sama minat! Terus kan sokongan Sepahtu Crews/Jeppers/Shuibbians buat mereka dan mana tahu nama mereka naik sampai ke seluruh Singapore dan negara-negara lain (international gitu-gitu).

Sambutkan raya tahun ini dengan penuh ceria, dengan menatap wajah Jep dan Shuib yang terlalu handsome! (hehehe)k

Sekali lagi, kami ingin memohon maaf atas segala silap kami yang mungkin kami sedar atau tak sedar. Dan SELAMAT HARA RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN! (Nak duit raya? hehehe)

PS: Jangan lupa untuk terus mengundi Sepahtu di Anugerah Lawak Warna~

Friday 10 May 2013

Berapa Hari Lagi!

Malam gala OMK! dah habis berapa hari yang lepas. Permainan friendly untuk futsal bersama para artis OMK! pun dah selesai. Oh, Jep tak dapat nadir untuk malam gala dan permainan futsal kerana dia kurang sihat. Tapi, Shuib ada dan dia handsome masa malam gala tu. Sekarang, kita tunggu filemnya pulak untuk ditayangkan. Lagi beberapa hari je... Jom countdown! Admin dah mula countdown pun, nampakkan gambar-gambar kat Instagram? Itu namanya demam OMK. Huhu. Dimaklumkan, OMK! tak ditayangkan di Singapore. Jadi bagi warga Singapore, bolehlah turun ke pawagam JB ataupun kita tunggu jika ada pengeluaran DVD untuk filem ni.

Bagi warga Malaysia pulak, serbu lah pawagam berdekatan anda untuk menyaksikan filem OMK! Mesti gempaknya! Kalau trailer dah best, apatah lagi filem dia kan? Jadi, jangan lupa countdown bersama admin untuk filem OMK! dengan hashtag #OMK16mei2013 ,tak kira kat Instagram ataupun Twitter. 

Assalamualaikum. 

#OMK16mei2013

Tuesday 16 April 2013

Hashtag #OhMakKau

Ok! Korang dah tahu kan filem terbaru lakonan Shuib Dan Jep? Haaaahh tahu tak, tahu tak?!
.
.
.
Betul Betul OH MAK KAU! Dalam filem ini, Jep Dan Shuib berlakon sebagai adik beradik. Kerja mereka ada lah....
Tak nak lah bilang, korang tengok je trailer Oh Mak Kau, mesti korang Akan rasa nak tengok filem tu.
Jom countdown to 16 Mei 2013, tayangan OH MAK KAU! Gerak gempur! Lariskan filem ini macam Sepah The Movie!
Kami sokong apa-apa filem yang mengbabitkan Jep dan/atau Shuib!
.
.
Jangan lupa follow official Twitter account Oh Mak Kau! di @OMKmovie and like FB page dorang 'Oh Mak Kau'
Haah, Ada quiz-quiz Dan pertandingan Kecil-kecilan Dan korang boleh menang hadiah menarik! Memang berbaloi lah Kalau join quiz dorang! Countdown ye! Kalau nak tweet Jangan lupa, letak kan hashtag #OhMakKau


Assalamualaikum.

Monday 8 April 2013

#HappyBirthdayJepSepahtu 9 April 1985

Ramai orang dah tahu kan hari ni hari apa? Ada seseorang yang sudah grow up by 1 year. Siapa tu?
.
.
.
.
.
Siapa lagi kalau bukan Jep ke sayangkan Kita semua. Ada tak sesiapa yang bagi hadiah kepada Jep, melalui post ke by hand. Jejaka ini telah memberi kebahagiaan dalam hidup kita Dan memberi gelak tawa kepada kita dengan adegan comel dia bersama Shuib atau pun seorang diri. Kami dari pihak Sepahtu FC-Singapore ingin mengucapkan SELAMAT ULANG TAHUN yang ke-28 kepada MOHD NADZRI BIN ZAINAL ABIDIN! Semoga dia panjang umur Dan sentiasa dimurahkan rezeki. Kami Akan terus sokong Sepahtu, walaupun jauh di Singapore, bak pepatah; jauh di mata, dekat di hati. Aiseyman!
.
.
.
.
Kami tunggu pula hari Jadi Shuib Sepahtu!

Assalamualaikum.

Monday 1 April 2013

Tak Tipu...Tak Tipu

Dah dengar ke belum lagu terbaru Sepahtu? Haaaaa... Ramai orang tahu kan tajuk lagu Sepahtu? Cer teka.
.
.
.
.
BETUL! Lagu 'Tak Tipu'. Setahu admin, belum ada music video. Tapi kalau nak dengar lagu ini secara full, boleh saksikan video terbaru kami di official YouTube account kami di SGSepahtuFC. Ada banyak gambar-gambar Sepahtudengan iringan lagu Sepahtu, chewahh nampak tak penggunaan bahasa admin? 'Iringan lagu Sepahtu'
Hehe. Walau apapun, kami tunggu tentang perkembangan lagu terbaru Sepahtu.
Admin nak pesan juga:
Nantikan Oh Mak Kau yang akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi. Ohyeah! Adegan adik-beradik yang sangat comel. Dan, satu lagi, 'is barang baik, is barang baik' haah. Karoot Komedia X Musim 2 setiap khamis.. Jangan lupa! Haaaaa semputtt
#SepahtuFCSGOfficial
.
.
Ini link bagi sesiapa yang nak tengok lagi atau belum tengok video kami (perlu copy & paste linknya) Terima kasih.

http://youtu.be/UaM7jwYM7Sk

Assalamualaikum.